Tuesday, July 19, 2011

Vanilla Moist Cupcake


VANILLA MOIST CUPCAKE

Resepi dr Buku Kek Cawan tulisan Wendy Kor .

Bahan A
100g mentega
100g gula kastor
1/2 sudu teh garam

Bahan B
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Bahan C - ayak
100g tepung superfine
1/2 sudu teh baking powder

Caranya:

1. Panaskan oven 170 dgrs selama 5 minit.
2. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan bahan B dengan perlahan dan kacau adunan hingga rata.
3. Campurkan bahan C dan pukul dengan kelajuan rendah selama 15 saat.
4. Tuang adunan dalam kertas cawan.
5. Bakar 170 dgrs selama 20 minit.

* Resepi ni kalau nak buat sebiji kek hanya dapat 1 loyang kecil sahaja.. kalo stakat nak wat minum petang 2-3 orang ok la..untuk kek, tambahkan masa membakar menjadi 40-45 minit.

* Saya jugak saja tambahkan coklat chip dalam ni bagi nmpak menarik kalau nak makan plain je. Kalau rajin boleh la hias dgn buttercream atau apa2 krim yg sesuai.

No comments: