Sunday, December 7, 2008

Bergedil Udang



 


BEGEDIL UDANG

5 biji kentang
5 ekor udang - buang kulit dan goreng, blender (boleh juga guna udang kering - goreng & blender)

Bawang goreng
Daun Sup / Daun Bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
2 biji telur untuk menggoreng

Caranya :

1. Kentang dibelah 4. Cuci dan goreng. Angkat dan toskan minyak.
2. Goreng udang / udang kering. Blender kering.
3. Tumbuk kentang goreng tadi panas² dan masukkan udang. tumbuh bagi rata.
4. Masukkan bawang goreng, daun sup, daun bawang, garam dan lada sulah. Kacau rata.
5. Bulat²kan adunan mengikut saiz yang dikehendaki dan leperkan guna tapak tangan. Susun dalam bekas lain.
6. Panaskan minyak untuk menggoreng.
7. Pukul telur. Celup begedil ke dalam bancuhan telur dan gorengkan dalam minyak yang panas. Balik²kan sebentar. Angkat setelah kekuningan.

Tips: Kalau tak makan udang, boleh ganti dengan ayam / daging.

No comments: