Sunday, December 7, 2008

Nasi Ayam Hainan




NASI AYAM HAINAN

Bahan-bahan Nasi Ayam
3 cawan beras
2 ulas bawang putih
1 inci halia
air rebusan ayam secukupnya
1 kiub ayam


Caranya:
1. Cuci beras dan toskan.
2. Bawang putih dan halia dimayang. Tumis dengan sedikit minyak.
3. Masukkan beras, air rebusan ayam, kiub ayam. 


Bahan-bahan Ayam
1/2 ekor ayam - sebaiknya jangan dipotong kecil
1 sd besar sos tiram
2 sd besar cuka
3 sd besar kicap
sedikit garam


Caranya:
1. Bersihkan ayam dan rebus sebentar kerana airnya akan digunakan untuk memasak nasik.
2. Toskan ayam dan campurkan dengan bahan yang lain. Perap sebentar.
3. Goreng dalam minyak panas atau grill dalam oven.


Kicap
1 cawan air rebusan ayam
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap


Caranya: Campur semua bahan dan masakkan sebentar.


Sos cili
2 btg cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit garam dan gula
2 sudu perahan limau nipis @ cuka


Caranya:
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga lumat.

No comments: