Friday, November 23, 2012

Karipap My Style

Ambooiihh.. tengok tajuk tu.. Karipap my style.. konon2 nye lerrr... Almaklom le.. org pestaim buat karipap sendiri.. :D cam x caya 32 tahun dah.. asik makan karipap je.. tetibe berjaya paksa diri uli karipap tu..

 Taraaa... tak cantik mana pun..

 Ini la rupa karipap my style.. dulu mase kecik² mak selalu buat karipap ni.. Jual kat kantin sekolah.. Time tu ade la jugak nyebok² tolong canai tepung tu.. tapi bila sampai bab nak kelim tepi² karipap memang sangat la failed! Tak pernahnya menjadi.. padahal tengok mak buat laju je.. cantik je bentuk karipap tu..

Jadi, minggu lepas oleh kerana keciwa tak dapat buat doyan crepe.. sbb takde stok cream. maka ku gagahkan diri menguli tepung dan memasak inti karipap ni... Jadila dalam 20 pcs saiz sederhana.. Goreng 4 biji malam tu jugak.. the rest goreng sekejap. bia sejuk dan pack utk frozen. ok la tanak cerita panjang sangat.. check it out the recipe! Resepi ni sebenarnya main campak² je..

KARIPAP RANGUP

Bahan Inti Karipap 

5 biji kentang
5 batang filamen ketam (crab stik)
1-2 labu bawang besar  - kisar
3 ulas bawang putih  - kisar
1 inci halia  - kisar
segenggam ikan bilis  - kisar
2 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
garam/gula
Air secukupnya

Caranya:

1. Kupas kentang dan potong dadu.
2. Kisar semua bahan yang perlu dikisar dan campurkan dengan serbuk kari.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serbuk kari tadi. Masukkan daun kari.
4. Apabila bahan tumis sudah naik bau, masukkan kentang.
5. Kacau dan masukkan air secukupnya. Tunggu sehingga kentang empuk dan air kering.
6. Sesudah kentang empuk, masukkan crab stik yang telah dihiris. Kacau dan pastikan inti kering.
7. Matikan api dan sejukkan inti.


Bahan pastri karipap

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung beras
secubit garam / gula
4 sudu besar mentega
Air sejuk secukupnya

Caranya:

1. Masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, garam, gula ke dalam mangkuk.
2. Masukkan mentega dan gaul bersama tepung sehingga mesra dan dapat tekstur macam crumble.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga mesra. Ketepikan sebentar adunan pastri tersebut.
4. Canaikan adunan pastri di atas papan pencanai mengikut saiz karipap yang dikehendaki.
5. Masukkan inti secukupnya dan kelim keliling karipap. Buat sehingga habis.
6. Goreng dengan api perlahan supaya kulit karipap tak berbintil.
7. Goreng sebentar sekiranya nak buat frozen.

No comments: