Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Haziq Birthday Cake


Yang ni entry tertunda dari bulan brape ye.. 5 kot.. ahahaha... Mini Rainbow Cake order dari opismate Ieda Rozali untuk bday anak bujang kesayangan... Kali ni dia request nak deco dengan creamcheese topping

HAPPY BIRTHDAY HAZIQ!!

Imran Birthday Cake


Yang ni pun entry tertunda.. Rainbow Cake order dari kawan kepada kawan hasben. 1.8kg rainbow cake dengan fresh cream dan edible the avengers gitu. Sayangnya actually customer request nak figurine salah satu watak the avengers tp tak sempat nak buat sbb order in short time. Plan B nak carik je patung salah satu watak tu.. jenuh pusing sana sini x jumpa.. patung watak superhero Jepun melambak laa... last2 beli la patung spiderman yg mmg utk letak atas kek tu.. kecik2 je.. sib baik customer kata ok je.
Happy Bday adik Imran..


Selamat Hari Lahir Warga BPSM Mac & April


Entry² tertunda... yang ni order dari opis untuk birthday celebration bulan Mac & April. Rainbow Cake dan Orange Choc Moist Cake
 


Friday, June 22, 2012

Kek Carrot Walnut & Choc Moist


Lamanya tak chit chat dalam ni kan... hahahaa.. bukan takde cerita baru nak kongsi, tapi tak berkesempatan nak duduk mengadap depan blog ni. ni pun curi2 mase update waktu rehat hari Jumaat yang panjang ni.. 

Ok, cerita hari ni cuma nak update pasal Kek Carrot Walnut ni je.. sempena sambutan hari lahir ofis untuk bukan Mei dan Jun. Tapi Jun buat kek lain.. Resepi kek yang dah banyak kali buat ni dapat  dari blog Mamasya .  Thanks to mamasya yang sudi resepi kek yang moist ni. Resepi nanti kita hapdet lenkali okehhhh.... 

 Tadaaaa.... yang ni plak kek untuk Jun bday.. Kek Choc Moist.. kat opis ni kalau nak wat celebration bday kene buat 2 kek, 1 tu wajib choc moist.. maklumle ramai gak yg x suke makan kek berkrim ni.. so pilihan yg ada choc moist lah untuk mereka..

So HAPPY BELATED & BECOMING BIRTHDAY to all including me.. :D   ni la antara wajah² yang memotong kek menyambut ulangtahun kelahiran kali ni. Pic ni kredit to Pn Nurul Imma Mansor, culik amik dari FB beliau.. I saje je nyorok belakang sket.. takmo interprem.. hahhaa



Tatatititutu...

Tuesday, May 15, 2012

Happy 1st Birthday Nor Zahra Alya

 
Lamanya tak update blog ni. Bukan takde masa tak rajin update.. tapi asal nak upload pic je berjam-jam tak sudah-sudah.. Jadi kesudahannya semua dok dalam draft je la.. Celcom broadband kat kawasan rumah ni ala² segan gitu .. Phewww.. Ok now nak cerita pasal entry kali ni.. 13 Mei baru ni , my lill' princess Nor Zahra Alya turns to 1.. Yeyyy... she's already walking before her 1st birthday. Sorry la sayang, ummi tak berkesempatan nak celebrate bdaymu meriah².. takpe la.. lagipun baru setahun, Zahra bukan tau sgt pun pasal bday² ni kan :)

So, kali ni ummi Zahra ni saje je nak try buat kek yang lain sket kononnya.. sebenarnya dpt idea dr blog Masam Manis . Katanya kek ni gabungan kek coklat dan Devils food cake. Untuk resepi kek coklat saya guna resepi kek coklat kukus Zaima. tapi saya bakar guna method bain marie. Buat 1/2 adunan je sbb nak buat kek kecik je.. makan sekeluarga..

HAPPY 1st BIRTHDAY NOR ZAHRA ALYA 

and

HAPPY MOTHER'S DAY TO ME.. :)

Tuesday, May 1, 2012

Barbie Marble Cheesecake


Tempahan untuk hari lahir adik Ariana dan abangnya Adam.. Actually my officemate, Maizatulhana order 2 biji kek. 1 coklat moist untuk bday Adam yang diraikan di tadika dan yang satu lagi Marble Cheesecake untuk si adik untuk makan dengan keluarga. Birthday Adam pada 30 April yang lalu dan Ariana pada 1 Mei.


Sebenarnya bila Mai request nak letak barbie, saya blank sekejap. First time ni nak buat, bleh ke agaknya. Masa nak deco tu bertekak² dgn anakanda Raisha sebab dia nak main patung barbie tu.. cian anak ummi yer.. nanti tggu bday awak ye.. nak diamond castle kan.. :D ok berbalik pada cake ni.. barbie doll tu saya hias guna gumpaste sebenarnya, sbb nak cepat. design pun biasa² je almaklum 1st time buat. bila dah jadi, tgk alhamdulillah.. mama Ariana pun happy tengok. Terima kasih ye Mai sudi order.

Yang ni versi Adam punye kek. Peminat setia hero Jepun, keluarga Ultraman..

 Happy Birthday ADAM

 



Sunday, April 22, 2012

Oreo Cheesecake


Demam Cheese cake belum habis lagi. Order dari anak saudara yang bekerja di PAID Petaling. Last minit order, sib baik la bahan ada. Ada kawan mengidam katanya. Thanks for order ye Ieta.

Danish Rainbow Cake



Kali ni order by Zara wife kepada officemate. Rainbow cake with edible untuk 2nd birthday anak beliau Danish Dyariez Rayyan. 6" Rainbow cake with edible image coated with fresh cream. Asalnya si ibu request untuk letak edible upin ipin atau madagaskar, tp dah puas cari kat kedai bakery aritu tak jumpa pulak. tgh musim Angry Bird gamaknya. sib baik Danish kenal gak dgn burung2 yg marah ni..



so adik Danish, Happy Birthday from auntie Su n family. Semoga jadi anak yang soleh.

Thursday, March 29, 2012

Blueberry Sugee Square



Akhirnya hari ni menjadi jugakk.. Resepi Sugee Square ni dapat dari dapur AlongRoz@Home Kreation. Kredit to along . Resepi asal dari blog resepi Diana. Memang tak sabar nak try buat. Bahan pun mudah nak dapat. Nak buatnya lagi la mudah.. bancuh2 .. eh..eh.. dah bakar.. tak lama .. eh dah siap.. potong, makan suam2 lagi sedap.. tapi pesan saya kalau nak buat, bubuh jem banyak sket ye.. pasti lagi terangkat rasanya.

Mari kita tengok resepi. Kalau rajin bolehla try buat. agak2 terlebih rajin, nak order pun blehh.. :)


By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Diana FRD (blog Diana dah tutup)
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1½ cwn Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* ayak) 
1 cwn Suji
½ cwn Gula Kastor
200g Butter
2 bj Telur
2 st Vanilla Essence
Jem pilihan anda (Along guna jem organik Black Cherry - ada byk buah ceri bulat2 dlm jem tu) - saya guna filling wild blueberry
Hirisan Almond (optional - ni Along tambah sendiri) 

CARA2:
1. Panaskan oven 170C.

2. Campurkan empat bahan yg pertama.
Gaulkan butter, telur, VE sehingga rata.

3. Ratakan 1/2 adunan ke dlm tin.
Sapukan jem ke atas nya; tutup dgn separuh lagi adunan.
Taburkan almond. 
4.Bakar 25 minit 

Sunday, March 18, 2012

Supermoist Eggless Chocolate Cake



Another one cake baked with my heart for my office birthday celebration. A cake without an egg? Yes!  I'm baking this supermoist eggless chocolate cake. Super yummy with melted ganache n strawberries..



Cabaran Red Velvet


Entri yang  terlewat masuk.. kali ni sebenarnya ofismate dah banyak kali mintak buat red velvet. Semuanya gara-gara rainbow cake tempoh hari. Terutamanya penggemar cheese.. sbb red velvet ni kan matching dia dgn cream cheese frosting.. Akhirnya ku gagahkan jua buat kek ni setelah dpt order untuk celebrate birthday ofismate Alhamdulillah.. jadi jugak.. Untuk sebiji kek ni saya kene buat 2 adunan sbb saya guna loyang 10". 

Resepi saya amik dari blog Kak Wan lagi kali ni.



Tuesday, February 14, 2012

Rainbow Cake



Teruja plak tengok rainbow cake .. Dah ramai yang cuba buat.. Tapi kita punya R*J*N blum dtg nak buat kek tu.. sbb tgkkan berlapis2 tu yg mcm ..leceh kot nak buat.. Tapi disebabkan sepanjang mggu lepas dan mggu ni ummi Dania ni bz baking Oreo Cheesecake.. anak-anak pun dah mula tanya mana kek untuk diorg.. Aduh.. nak buat kek coklat macam dah jemu pulak..

Jadi utk nak memujuk anak² ummi ni.. maka saya pun carila resepi Rainbow Cake yang mudah nak buat.. Tapi kat rumah sekarang ni, internet line macam siput je jalannya.. Stress dibuatnya nak cari resepi . At last dpt gak buka Blog Kak Wan . So inilah hasilnya.. Saya buat 1/2 adunan je sbb baru nak try.. so dptla 5 lapis warna menggunakan loyang 6".  lepas tu utk topping, saya saja tukarkan buat cream cheese frosting.. mmg yummy.. wallahhhh.. meh kita intai resepi asal

Source: resipicitarasawan.blogspot.com


Untuk resepi cream cheese frosting

120gm cream cheese
60gm butter
gula aising - ayak
1 sd teh esen vanila

1. Pukul cream cheese dan butter sehingga gebu.
 2. Masukkan gula aising yang telah diayak sedikit demi sedikit sehingga mencapai rasa kemanisan yang diperlukan.
3. Masukkan esen vanila

Baked Oreo Cheesecake Order


Tempahan Baked Oreo Cheesecake telah dibuka. Kalau teringin nak makan setakat 3-4 org tu, bleh la order size 6" punya.

Sekarang ni tengah top order kek ni. Terima kasih kepada yang sudi order. 
Sebarang penambahbaikan saya alu-alukan.

Monday, December 12, 2011

Baked Oreo Cheesecake


BAKED OREO CHEESECAKE
sumber : Blog Ummizaihadi
resepi asal : Kak Wan (Citarasawan)

Bahan dasar : - saya guna loyang bulat .. brape inci ye, nanti cek semula.. rasenye 8 inci la..
200 gm biskut oreo - buang krim dan kisar halus
50 gm mentega - dicairkan

Cara:
1. Kisar halus biskut oreo dan gaul dgn mentega yg telah dicairkan.
2. Tekan padat pada acuan springfoam. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.

Bahan Filling
750 gm krim keju Philladelphia (cream cheese)
130 gm gula kastor
1/2 sd besar esen vanila
3 biji telur
200ml whipping cream
1 sd besar jus lemon
15 keping biskut oreo dipatah 4 - buang krim

Cara:
1. Pukul krim keju dan gula hingga sebati.
2. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu. Kemudian masukkan whipping cream dan jus lemon. Putar hingga sebati.
3. Masukkan biskut oreo yang telah dipatahkan.. gaul rata.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah dibakar dasar biskut oreo tadi.
5. Bakar pada suhu 150C selama 45-50 minit secara water bath. (Masukkan springfoam dlm loyang lain berisi sedikit air - sblm tu make sure bawah springfoam lapik dgn aluminium foil supaya air tak meresap masuk dlm kek.
6. Tutup suiz oven dan regangkan pintu oven, biar kek sejuk dalam tu selama 1 jam.
7. Longgarkan tepi kek dgn pisau tajam keliling acuan (kalau tak nak melekat bleh letak baking paper bawah dan tepi acuan sblm membakar dasar dan kek)
8. Biarkan sejuk, cover dgn plastic wrap dlm peti sejuk.. Chilled kan selama 4 jam atau semalaman.
9. Keluarkan kek dan hias ikut suka


Memang menggoda keimanan la kek ni.. takpe.. keju utk sumber kalsium yang tinggi :))

Friday, July 22, 2011

Kek Alunan Kasih

Resepi ni copy dari kak Rima punye web. leh refer sini ekk --> http://www.bisousatoi.com/

KEK ALUNAN KASIH

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur gred "A"
250 gram mentega
2 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair
Serbuk koko secukupnya
Pewarna makanan ungu + perisa blueberry
Pewarna makanan merah jambu + perisa Strawberry
Pewarna makanan kuning + vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang. Masukkan susu cair dan esen vanilla, putar sebati.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bagi adunan tadi kepada 3 bahagian dan setiap bahagian tadi diberi pewarna dan perisa seperti di atas. Kacau rata untuk setiap bancuhan.
  4. Tuang 1 bahagian dalam tin kek tadi, ratakan (terpulang pada anda nak guna bancuhan yang mana satu dulu). Kemudian ayak serbuk koko atas bancuhan pertama tadi, rata2. Tuang pulak 1 bahagian lagi, perlahan2 ratakan. Ayak lagi serbuk koko rata2 dan tuang bahagian terakhir, ratakan.
  5. Bakar selama 45 minit atau hingga masak, yang ni bergantung pada oven masing yea. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari tin, sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...

Ya ampun.. yang atas tu birunya kaler dia.. Hahahaa.. mana taknye.. ni memang insiden tertumpah warna sebenarnya..



Tuesday, December 9, 2008

Marble Chocolate Cheesecake

 


MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan-bahan A
180 gm butter
150 gm gula castor
3 biji telur gred A
20 gm serbuk koko - ayak
120 gm tepung naik sendiri - ayak (guna tepung superfine je)
1 sudu teh baking powder - ayak

Bahan-bahan B
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur gred A

Caranya:-
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata.
4. Dalam satu bekas lain, pukul semua bahan B hingga kembang.
5. Tuang separuh bahagian adunan A ke dalam loyang berukuran 8" dan ratakan.
6. Kemudian tuang semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
7. Tuang semua baki adunan A.
8. Bakar dalam oven 160 darjah C selama 60 minit. Setelah masak, tunggu hingga betul2 sejuk sebelum dipotong dan dihidang.