Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Apam Balik Lembut



Eh..eh.. Selamat tahun baru.. Lamanya tak updet blog ni kan.. nampak tak sawang bergayut-gayut tu.. hihihii... sibok sangat le kununnya.. Takla.. kadang updet resepi kat FB je.. tak berkesempatan nak ngadap blog.. nak rearrange blog pun dah terbantut sekian lama.. takpelah.. asalkan jangan resepi dalam ni terbang ke mana-mana sudah..

Ok kali ni nak share resepi apam balik yang ummpphhh.. terbaeklahh... dulu masa kecik-kecik mak selalu buat apam balik untuk sarapan.. tapi kan.. mase tu kan kite kecik².. jemu pulak makan apam balik.. jajan lagi sodap kan.. dah beso² ni baru la pengen banget kat apam balik.. Mintak maaf mak.. tapi anakmu ini tetap suka apam balik emak tu..

Resepi ni dapat dari blog Izah Daut.. banyak gak resepi yang saya godek dari sana.. ok sape nak try boleh la ngublek apem balik lepas ni..


APAM BALIK LEMBUT..

250 gram tepung gandum
15 gram susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
50 gram gula kastor
1/4 sudu teh garam
300 ml air biasa
1 sudu teh instant yis - biasanya yang kite kenal mauripan le kan..
3 biji telur
30 gram gula pasir
3/4 sudu teh soda bikarbonat
25 gram marjerin - dicairkan

Bahan inti :
Kacang tanah panggang
Jagung krim
Gula pasir
Coklat urai atau apa-apa mengikut citarasa

Caranya :

1. Campurkan tepung gandum, susu tepung, baking powder, gula kastor dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan hand whisk smpai rata.
3. Masukkan butter cair dan soda bikarbonat. Kacau rata.
4. Masukkan yis. Kacau lagi sampai rata. Perapkan 30 minit.
5. Pukul ringan telur dan gula pasir (30gm tadi).
6. Masukkan ke dalam bancuhan tepung dan kacau rata.
7. Panaskan kuali leper yang anti lekat. Cedokkan adunan dan bila dah 1/2 masak taburkan gula, kacang dan lain-lain bahan yang digemari. dah kering lipat dua dan angkat. Sapukan barjerin pada kulit luar apam balik supaya kekal moist.

Memang sedap.. anak-anak dan suami makan kejap je licin. buat bekal anak g skolah pun boleh.. buat kecik2 je.. potong siap..




Saturday, April 6, 2013

Donat Gebu Ala Big Apple


Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan.. tapi yang pasti hasilnya... Sangat AWSOME!!! :D Terima kasih kepada Izah Muffin Lover  atas resepi yang sangat² mantop nih.. Donat yang sangat lembut, sangat gebu.. Bahan plak simple je.. Memandangkan anak² ku memang suka makan donat ni.. petang tadi dengan kederat yang ada.. Saya campak semua bahan dalam breadmaker.. (hihihiii.. kes malas menguli..) BM pun dah lame bersawang tak guna so kita kasi warm up sket laa ye..


Yang celup coklat tu faveret kakak Dania while yang bergula ni faveret Raisha & Zahra.. so saya biarkan diorang mendekorasi donut kesukaan masing-masing.. So now meh kita cek it out the resepi... >>>

Donut Lembut
sumber : Izah Muffin Lover

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. 
Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. 
Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.

penggunaan BM: ---> (saya guna yang ni ye..)
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.

** 1 adunan ni saya dapat lebih kurang 26 biji. Saya goreng 10 je sebab takut tak abis.. rupe-rupenye sekejap je licin.. memang penangan donat lembut ni sangat owsemmm.. selebihnya saya goreng sekejap dan packing untuk frozen. Next time leh goreng untuk sarapan segera bekal anak² ke sekolah :)

Friday, November 23, 2012

Karipap My Style

Ambooiihh.. tengok tajuk tu.. Karipap my style.. konon2 nye lerrr... Almaklom le.. org pestaim buat karipap sendiri.. :D cam x caya 32 tahun dah.. asik makan karipap je.. tetibe berjaya paksa diri uli karipap tu..

 Taraaa... tak cantik mana pun..

 Ini la rupa karipap my style.. dulu mase kecik² mak selalu buat karipap ni.. Jual kat kantin sekolah.. Time tu ade la jugak nyebok² tolong canai tepung tu.. tapi bila sampai bab nak kelim tepi² karipap memang sangat la failed! Tak pernahnya menjadi.. padahal tengok mak buat laju je.. cantik je bentuk karipap tu..

Jadi, minggu lepas oleh kerana keciwa tak dapat buat doyan crepe.. sbb takde stok cream. maka ku gagahkan diri menguli tepung dan memasak inti karipap ni... Jadila dalam 20 pcs saiz sederhana.. Goreng 4 biji malam tu jugak.. the rest goreng sekejap. bia sejuk dan pack utk frozen. ok la tanak cerita panjang sangat.. check it out the recipe! Resepi ni sebenarnya main campak² je..

KARIPAP RANGUP

Bahan Inti Karipap 

5 biji kentang
5 batang filamen ketam (crab stik)
1-2 labu bawang besar  - kisar
3 ulas bawang putih  - kisar
1 inci halia  - kisar
segenggam ikan bilis  - kisar
2 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun kari
sedikit minyak untuk menumis
garam/gula
Air secukupnya

Caranya:

1. Kupas kentang dan potong dadu.
2. Kisar semua bahan yang perlu dikisar dan campurkan dengan serbuk kari.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serbuk kari tadi. Masukkan daun kari.
4. Apabila bahan tumis sudah naik bau, masukkan kentang.
5. Kacau dan masukkan air secukupnya. Tunggu sehingga kentang empuk dan air kering.
6. Sesudah kentang empuk, masukkan crab stik yang telah dihiris. Kacau dan pastikan inti kering.
7. Matikan api dan sejukkan inti.


Bahan pastri karipap

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung beras
secubit garam / gula
4 sudu besar mentega
Air sejuk secukupnya

Caranya:

1. Masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, garam, gula ke dalam mangkuk.
2. Masukkan mentega dan gaul bersama tepung sehingga mesra dan dapat tekstur macam crumble.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga mesra. Ketepikan sebentar adunan pastri tersebut.
4. Canaikan adunan pastri di atas papan pencanai mengikut saiz karipap yang dikehendaki.
5. Masukkan inti secukupnya dan kelim keliling karipap. Buat sehingga habis.
6. Goreng dengan api perlahan supaya kulit karipap tak berbintil.
7. Goreng sebentar sekiranya nak buat frozen.

Sunday, September 9, 2012

Tempahan Apam Polkadot


  

Alhamdulillah.. hampir sebulan kita berhari raya.. macam-macam dah sumbat dalam perut.. Yang mase puase berat turun 3kg, bila raya naik 5kg pun ada.. hihiii.. Tapi nak dijadikan cerita raya tahun ni walaupun banyak open house, jamuan raya, saya tak brape selera makan.. bukan tak selera makan kenapa.. perasan jugak.. eh, jamuan raya makanan punya banyak pilihan, aku makan 2-3 jenis je .. tu pun dlm kuantiti yg sekadar utk merasa.. nape eekkkk... 

Entahlaa.. tekak takde plak teringin makan banyak2.. nafsu makan pun dah kurang.. sambil tu berhati2 jugak takut sakit perut.. mana taknye.. makan rase sikit2 tu pun kene jugak sakit perut.. nak baik bukan sekejap.. makan sehari suntukk... adeehhh... penangan raya...

Ok kali ni nak kongsi kat sini pasal tempahan apam dynomite a.k.a polkadot ni.. Terima kasih kpd En Zaharuni, jiran se-bandar dengan saya atas return order untuk anaknya nak bawak ke jamuan raya. Kali ni saya letak filling kiwi, mangga dan peanut butter. 


 

Kalau ada yang nak oder bleh la trus hubungi saya .. leh carik kat fb Decicipi Delight ekk.. Harga RM15/50 pcs.

Friday, December 2, 2011

Strawberry Rich Custard Cream Puff


Panas..panas.. saja je nak bagi panas line.. Last week baru je gi kelas pastry kat UiTM.. so ada la blaja cara wat cream puff nih.. actually dulu lagi dah penah buat.. cer tgk entry sblm ni.. tp rupenye sgt la buruk time tu.. kali ni baru cung sket.. okeh.. leh amik order la pasniehh.. filling tu plak slalu org wat cream custard biase je.. tp tangan ni sesaje gatal nak menderhaka ngan resepi cikgu bagi.. sesaje test buat custard strawbery.. plan nak buh dice strawbery tp smlm x jumpe.. + malas nk g pasaraya.. huhuuu.. ni versi rich sbb bubuh whip cream dlm custard so lagi lemak lagi tambah kolestrol la.. hahahaa..

Bahan untuk Pastry Choux
125gm tepung gandum
secubit garam
secubit gula kastor
100 gm mentega
250ml / 1 cwn air
3 biji telur gred A

Caranya:
1. Panaskan air dalam periuk. Sebelum mendidih masukkan mentega dan gula. Masak atas api sehingga mentega cair sepenuhnya.
2. Alihkan dari api, masukkan tepung bersama garam dan kacau sampai adunan sebati dan tak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan dalam mangkuk lain.
3. Apabila dah sejuk, masukkan telur satu persatu sambil mengacau sampai sebati. Nak guna mixer pun bleh..
4. Dah sebati, masukkan adunan dalam piping bag.. dan paip la atas dulang yg telah disapu mentega.
5. Bakar pada suhu 200C selama 25 minit.. sebelum tu jgn lupa panaskan oven ye..
6. Sejukkan bila dah masak. dan bolehla belah dan paipkan inti custard ke dalamnya.. Hiaskan dgn gula aising.

*Nota: boleh menghasilkan anggaran 30 biji puff

KRIM PASTRY @ Strawberry Rich Custard Filling
30gm tepung jagung
100gm gula kastor
2 biji telur
500 ml susu full cream - perisa strawberry
1 sudu teh strawbery emulco
150 ml whipping cream

Caranya:
1. Panaskan susu - jangan sampai mendidih pulak.
2. Satukan tepung jagung, gula kastor, telur, strawbery emulco dan pukul hingga sebati.
3. Tuang susu yang telah dipanaskan dan masak hingga likat..pastikan sentiasa kacau - slalunya ada bunyi blop..blop..
4. Angkat dan sejukkan.
5. Pukul whipping cream sampai kental. dan campurkan ke dalam custard tadi hingga sebati. sedia untuk digunakan.

Wednesday, July 20, 2011

Apam Polka Dot

APAM POLKA DOT

Bahan-bahan: 
3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna
Caranya:
1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...
** Saya pulak dah terbiasa kalo buat apam pukul dulu telur dengan gula dan ovalette. Dah kembang baru masukkan bahan lain. Untuk apam dalam gambar saya buh filling seri kaya.
 

Tuesday, July 19, 2011

Donut Ball


DONUT BALL

Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :

1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan).
4. Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
6. Sadurkan dengan gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Apam Aiskrim Cornetto


Terima kasih kepada sis Rohaimi Ahmad kerana sudi berkongsi resepi.


APAM AISKRIM CORNETTO

100g gula halus
2 biji telur
1 sd teh ovallete
1 sd teh esen vanila
5 sudu besar ais krim perisa vanilla
200g tepung gandum
1/2 sd teh baking powder
50ml air
pewarna makanan

topping:
coklat masakan - cairkan cara double boil
badan cincang @ coklat rice

kertas utk membuat kon airkrim

caranya:

sediakan kertas bentuk kon aiskrim sbyk  12 - 15 kon.

1. Pukul telur, gula, ovalete sampai gebu dan kembang.
2. Masukkan esen vanila, aiskrim.. pukul lagi..
3. masukkan tepung, baking powder dan air.. pukul lagi
4. bahagikan ikut warna.
5. panaskan pengukus. tegakkan kon dlm lubang pengukus @ dlm cawan. tuang adunan ke dalam kon ikut lapis warna dikehendaki.
6. kukus 10-15 minit.
7. kluakan dan tanggalkan kertas kon. celup kan apam dlm coklat masakan dan hias dgn badam / coklat urai.. sedia dimakan..

Apam Beras



APAM BERAS

Resepi apam ni dapat dari member Kongsi Resepi. Tapi dah lupa siapa. Maaflah ye. Terima kasih kerana berkongsi resepi.

Bahan A (Diblend)
1 cwn nasi
1 1/2 cwn air
3/4 cwn gula

Bahan B
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 sudu teh yis mauripan

Pewarna kesukaan

Caranya:
1. Blendkan nasi dengan air sehingga rata. Masukkan gula dan blend lagi.
2. Campurkan tepung gandum dan tepung beras serta yis dalam satu mangkuk.
3. Tuangkan bahan A ke dalam dan kacau sehingga rata.
4. Perap 2 jam.
5.Panaskan pengukus.
6. Bahagikan adunan dan letakkan pewarna kesukaan.
7. Masukkan ke dalam acuan apam / lompang dan kukus 15 minit.

Adunan ni menghasilkan lebih kurang 35 biji apam - bergantung la kalo isi penuh2 kurang la..
Tips: Sapukan minyak dalam acuan sebelum tuang adunan.

Tuesday, December 9, 2008

Krim Puff

KRIM PUFF

Bahan-bahannya:
70 gm marjerin
140 gm tepung gandum
4 biji telur
200 ml air
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
1. Masak air dengan garam. Bila mendidih, masukkan marjerin.
2. Apabila marjerin cair, masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati. Tutup api.
3. Kacau lagi adunan tadi sehingga menjadi seketul doh. Sejukkan.
4. Bila betul-betul sejuk, masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan esen vanilla dan telur. Pukul menggunakan mixer sehingga kembang.
5. Bila sudah kembang dan sebati, masukkan dalam piping beg dan paipkan atas dulang pembakar yang telah digris.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah C selama 15~20 minit.
7. Setelah sejuk, paipkan inti kastad melalui bahagian bawah ke dalam.
8. Hiaskan dengan coklat strawbery.

INTI KASTAD OREN

Bahan-bahannya:

3 sudu besar jus oren sunquick
150 ml fresh milk
3 sudu besar gula
1 sudu teh parutan kulit limau
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar tepung kastad

Cara-caranya:-
1. Campurkan tepung kastad dengan susu sehingga sebati.
2. Masukkan jus oren, gula, parutan kulit limau dan mentega.
3. Masukkan campuran tadi atas api yang kecil. Masak hingga pekat. Alihkan dari api dan bolehlah dipaipkan ke dalam puff.

** Inti kastad boleh ditukar mengikut kegemaran anda.

Sunday, December 7, 2008

Sosej Roll


SOSEJ ROLL

Bahan-bahannya:
Roti gardenia
Frankfurter / sosej ayam @ daging
Serbuk roti (bread crumb)
Telur
Minyak untuk menggoreng

Caranya:
1. Kukuskan roti sebentar.
2. Rebuskan frankfurter . Lenyekkan roti menggunakan roller. Tujuannya supaya bagi roti tu nipis dan senang gulung. Balutkan frankfurter dengan roti yang telah dikukus.
3. Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul.
4. Golekkan ke atas serbuk roti dan goreng ke dalam minyak dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga berwarna kekuningan. Angkat dan sedia dihidang.

** Hidangkan dengan sos pilihan anda.
** Jika anda tidak mempunyai bread crumb, anda bolehlah menggunakan biskut tawar (cracker). Tumbuk sehingga hancur.