Wednesday, July 25, 2012

Salad Buah-buahan Bersama Udang


 Baru beberapa hari puasa.. Tekak dah tak tau nak makan apa.. Nasib baik la lauk pauk dah masak siap2 dan saya frozenkan.. stok anggaran untuk 1 - 2 minggu gitu.. Mudah, kan! Bila balik kerja tinggal masak sayur sahaja. Tapi semalam x dan nak masak sayur . Tekak plak tingin yang masam2.. Kebetulan lebihan buat fruit tart tu hari ada lagi.. hmm.. potong je la.. wat salad.. tambah dengan udang yang dicelur sebentar.. buh mayonis, sejukkan.. mm.. macam kat hotellaaa.... wallah...

SALAD BUAH-BUAHAN BERSAMA UDANG

Sumber: atis@de'cicipi

Bahan-bahan:
1 biji buah epal merah
1 biji buah epal hijau
Anggur
10 ekor udang - dibuang kulit dan dicelur hingga masak
Mayonis secukupnya

Caranya:
1. Bersihkan buah-buahan. Potong kiub epal merah & hijau.
2. Masukkan buah-buahan dalam satu bowl. Masukkan udang yang telah dicelur tadi. Sebaiknya guna udang sederhana dan potong 2.
3. Masukkan mayonis secukupnya.. Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

No comments: